Thursday 3 April 2014

Ketupat Sotong ...sedap nyerr




Bahan-bahan ( 2-3 orang mkn (keluarga kecik) )
5-6 ekor sotong sederhana besar (kecik sangat or besar sangat tak sedap pulak)..terpulang pada kita sebenarnye, nak mkn banyak buat banyak heheheh
secawan beras pulut
secawan setengah santan
2 ulas bawang besar (dimayang)
2 ulas bawang putih (dimayang)
seinci halia (dimayang)
sesudu kecik halba
garam dan gula secukup rasa
lidi/penyungkil gigi

Cara-cara
Bersihkan sotong dulu, saya tak buang kulit merah pasal kalau ikut bonda saya, kulit merah tu yang akan menyedapkan lagi ketupat sotong nanti, buang kulitluar yg nipis tu aje !

Beras pulut dibasuh dan rendam ngan sedikit santan dalam sejam dua (lagi lama lagi sedap dan mudah masak nanti).

Isikan beras pulut dalam badan sotong, jangan penuh sangat, setengah je, pas tu tutupkan ngan kepala sotong dan kemaskan ngan lidi atau penyungkil gigi. buatlah macamana pun asal beras pulut tu tak terkeluar semasa proses memasak.

Dalam periuk, masukkan semua bahan (santan,bawang merah dan putih,halba,halia, garam dan gula)dan masakkan atas api. Kalau sotong dah kembung, dah masak lah tu...boleh angkat dan mkn...

No comments:

Post a Comment