BISKUT SARANG SEMUT
BAHAN-BAHAN
250 gm butter atau marjerin
100gm gula halus
350 gm tepung gandum ...}
100 gm tepung jagung;...}di ayak
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
HIASAN
sedikit coklat rice
paper cup kecil secukupnya
CARA- CARA
1. Pukul kembang butter dengan gula
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata
3. Masukkan tepung dan gaul rata
4. Parutkan adunan ke dalam mangkuk kecil dan sudukan ke dalam paper cup
5. Taburkan coklat rice
6. Bakar dalam oven dengan suhu 180'C sampai masak (anggaran 15 minit )
7. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
Tips: untuk dapatkan biskut sarang semut yang sedap boleh ikut tips di bawah:
1. Kurangkan tepung gandum kepada 300 gm
2. tambah 50 gm susu tepung
NOTA: BAKAR IKUT SUHU OVEN MASING -MASING YA .. MACAM SAYA BISKUT NI SAYA BAKAR DENGAN SUHU 130'C DALAM MASA 20 MINIT ..
credit resepi pd : DARI DUNIA DAPURKU
No comments:
Post a Comment