Assalamualaikum wbt
Gout kini merupakan satu penyakit yang semakin banyak menyerang rakyat
Malaysia. Dikalangan rakan sekerja penyakit ini sudah menular dengan rancak dan
paling ramai yang menghidapinya ialah kalangan lelaki berusia lebih 40an. Namun
ada antara kes gout juga menyerang lelaki berusia awal 30an.
Menurut NIH (National Institutes of Health in America), gout telah
menyerang kira-kira 2.1 juta penduduk di Amerika dan kerap di hadapi oleh
lelaki berusia antara 40 – 50. Ia jarang berlaku pada kanak-kanak-kanak dan
remaja.
Apa sebenarnya penyakit gout? Gout ialah satu penyakit yang diakibatkan
oleh peningkatan asid urik di dalam darah. Apabila tahap asid urik dalam darah
ini terus meningkat, sebahagian asid urik ini akan membentuk “kristal asid
urik” pada bahagian sendi-sendi dan ini akan menyebabkan sendi ini mengalami
sakit, sukar di bergerak, pembengkakan dan inflamasi. Gout selalunya menyerang
sendi pada ibu jari kaki seperti gambar.
Asid urik adalah satu bahan hasil
pemecahan sel-sel tua yang mati (DNA dan RNA) yang berlaku di dalam hati. Asid
urik juga dihasilkan apabila manusia mengambil makanan yang tinggi kandungan
protinnya seperti daging. Protin akan diuraikan kepada asid amino dan
sebahagian asid amino yang berlebihan akan diuraikan kepada asid urik. Dalam
bahasa mudah, asid urik adalah hasil penguraian sel yang mati serta dari
makanan yang diambil.
Kadar normal asid urik dalam darah
meningkat apabila kanak-kanak meningkat remaja dan dewasa. Kadar kandungan asid
urik pada lelaki dewasa ialah 3 – 7 mg/dl dan 2 – 6 bagi perempuan dewasa.
Ujikaji di dalam makmal mendapati apabila kandungan asid urik di dalam larutan
melebihi tahap 6.5 – 7.0 mg/dl, kristal asid urik mulai terbentuk. Bagi
manusia, apabila tahap asid urik dalam darah melebihi 10 mg/dl, selalunya akan
mengakibatkan serangan gout yang teruk. Sekiranya gout tidak dirawat, kristal
asid urik akhirnya akan menghasilkan satu bahan yang keras disekitar sendi
dipanggil tophi. Aras asid
urik yang tinggi dalam darah ini juga seterusnya selain dari gout boleh
mengakibatkan kidney
stones (batu dalam buah pinggang) atau pelbagai masalah buah pinggang (kidney failure).
Dalam keadaan normal, asid urik dalam
darah ini akan dikeluarkan daripada tubuh sebahagian besarnya melalui air
kencing dan bakinya melalui ketulan najis. Masalah hanya akan timbul apabila
asid urik dalam darah ini tidak dapat dikeluarkan dari tubuh. Apabila ini
berlaku maka paras asid urik akan meningkat dan seterusnya mengakibatkan gout.
Apabila pesakit gout menemui doktor, apa
yang akan dibuat oleh doktor ialah dengan memberikan ubat untuk menghilangkan
kesan sakit (pain killer), mengurangkan pembengkakan dan mengurangkan paras
asid urik dalam darah.
Bagi mengurangkan paras asid
urik, selalunya doktor memberikan ubat Allopurinol
(Lopurin, Zurinol, Zyloprim). Ubat ini berfungsi untuk mengurangkan kandungan
asid urik dalam darah melalui kaedah “memperlahankan pengeluaran asid urik.
Kemungkinan kesan sampingan ubat ini ialah gatal kulit, perut meragam dan
kadang-kadang boleh juga menyebabkan kesan alergi pening dan sakit otot.
Sebenarnya ubat allopurinol tidak menyembuhkan gout, ia hanya sekadar
memperlahankan pengeluaran asid urik dari tubuh. Bagi saya penggunaan ubat
jenis ini langsung tidak munasabah.
Selain allopurinol, ubat pain
killer dan mengurangkan pembengkakan yang diberikan doktor sebenarnya memanglah
kelihatan seperti sesuatu yang amat hebat keana ia memberikan kesan positif
dalam jangka masa singkat selepas pengambilanya iaitu selepas beberapa jam
namun sebenarnya pada pandangan saya ia adalah “racun” yang sebennarnya
menambahkan masalah bagi pesakit gout. Ini kerana kebanyakan pain killer yang
diberikan doktor, selain dari menghilangkan kesan sakit pesakit gout, ia
sebenarnya merosakkan buah pinggang dan ini bukan lagi rahsia di kalangan
doktor. Kadang-kadang terdapat kes perbalahan antara doktor kerana antara
mereka ada yang tidak bersetuju kerana doktor tersebut memberikan pain killer
dari jenama tertentu kepada pesakit gout. Begitulah, sesama mereka pun
berbalah, mana yang betul? Sebenarnya dua-dua yang berbalah pada pandangan saya
pun tidak betul kerana jikalau mengikut saya, pesakit gout tidak boleh sama
sekali mengambil ubat pain killer dan ubat bengkak.
Ubat pain killer merosakkan buah
pinggang dan apabila buah pinggang semakin rosak, semakin sukar untuk buah
pinggang ini menyingkirkan asid urik dari tubuh. Inilah sebabnya saya
menghalang sebarang penggunaan ubat pain killer dan ubat bengkak dalam
menangani gout.
Sekarang marilah kita berbincang
bagaimana untuk merawat penyakit gout ini menurut kaedah tradisional dan
sebahagian besarnya diwariskan oleh arwah guru saya. Mudah-mudahan Allah
sentiasa merahmatinya. Dalam proses kita ingin merawat masalah gout ini,
terlebih dahulu kita perlu mengetahui punca masalah gout ini. Sebagaimana
disebutkan di atas, gout adalah disebabkan kegagalan fungsi buah pinggang
menyingkirkan asid urik dan pengambilan makan yang banyak menghasilkan asid
urik.
Apakah sebabnya buah pinggang
bermasalah sehingga tidak lagi mampu menyingkirkan asid urik dari tubuh? Itulah
yang beberapa kali diberitahu oleh mantan Menteri kesihatan Dr Chua Soi Lek
bahawa mee kuning yang mengandungi asid borik dan makanan segera serta makanan
rapu merosakkan buah pinggang.
Punca gout antaranya ialah:
1. Tidak cukup minum air sehari iaitu kurang dari 2L sehari
2. Gemar sangat makan kacang tanah, kacang putih dan kacang bergaram
3. Gemar makan buah-buahan jeruk
4. Gemar makan mee segera
5. Gemar dan kerap mengambil Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala
minuman berperisa
6. Gemar dan kerap makan mi kuning dan roti canai.
7. Gemar dan kerap minum teh kedai
8. Gemar dan kerap makan cokelat dan
Milo
dan segala sejenisnya
9. Gemar dan kerap ambil durian, rambutan, ciku, mangga
siam, mata kucing
siam dan longan dengan kuantiti
yang banyak.
10. Gemar dan kerap makan jambu dan tembikai termasuk tembikai susu
11. Kerap dan banyak mengambil kerang, ketam, udang dan sotong serta telur
masin
12. Kerap dan banyak makan buah oren seperti oren sunkist, air limau seperti
air teh O limau.
13. Kerap dan banyak mengambil kordial SUNQUICK serta kordial lainnya
14. Terlalu kerap makan makan kari
15. Tidak suka makan sayur terutama sayuran pahit.
16. Kerap makan cendawan dan produk cendawan termasuk ubat ganoderma
17. Menonton bahan pornografi
18 Kerap mengambil ubat pain killer
19. Gemar makan dan kerap fastfood seperti burger dsbnya
20. Mengambil supplement
Bagi menjaga
kesihatan buah pinggang kita sila laksanakan amalan berikut semoga dijauhi
Allah dari gout::
1. Minuman yang
diambil hendaklah melebihi 2L sehari. Orang banyak bekerja kuat dan berpeluh
perlu mengambil air yang lebih lagi. Masaalah kurang minum ini lebih parah di
kalangan orang Melayu.
2. Elakkan kacang
tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram
3. Elakkan segala
macam buah-buahan jeruk kering seperti asam boi, buah kana, dll
4. Elakkan segala
macam buah-buahan jeruk basah seperti mangga jeruk, ceremai dan anggur jeruk.
5. Elakkan memakan
mi segera seperti mi maggi dsb
6. Elakkan memakan
makanan rapu seperti twisties, chikadess, o ring dsb
7. Elakkan memakan
mi kuning dan roti canai. (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai
dengan capati dan tosei). Segala produk yang menggunakan tepung putih juga
perlu dielakkan seperti roti dan pizza.
8. Elakkan Nescafe,
air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa kerana kandungan utama
minuman ini ialah bahan kimia, pewarna dan perisa.
9. Elakkan minum teh
kedai kerana teh kedai adalah teh recycle yang semata-mata dibuat dari bahan
kimia pewarna dan perisa.
10. Elakkan chokelat
dan minimakan air milo. Gantikan Milo dengan horlick.
11. Elakkan
mengambil sebarang air minuman bergas.
12. Elakkan
mengambil jambu batu atau jus jambu batu
13. Kurangkan atau
minimakan pengambilan durian, rambutan, ciku, mangga siam,
mata kucing siam
dan longan. (Makan ala kadar sahaja)
14. Elakkan tembikai
dan tembikai susu
15. Kurangkan
pengambilan kerang, ketam, udang dan sotong. Makan sedikit sahaja dan jangan
kerap mengambilnya.
16. Kurangkan
mengambil ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon
penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang cuma 31 hari sahaja akibat diberikan
ubat-ubatan ini. Cuba
gantikan dengan ayam kampung atau ayam yang dijual dipasar yang kulitnya
berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.
17. Bila makan
daging, pilih daging tanpa lemak (tendon). Bila makan ayam (kampung) pilih
makan bahagian dada dan elakkan bahagian banyak tendon seperti wing (kepak) dan
peha.
18. Elakkan makan
buah oren seperti oren sunkist, air limau seperti air teh O limau.
19. Elakkan makan
cendawan dan produk cendawan termasuk ubat ganoderma
20. Elakkan makan
ikan berbisa seperti ikan semilang dan ikan pari.
21. Elakkan makan
organ dalaman seperti hempedal, hati, jantung dan tidak ketinggalan telur ikan.
22. Kurangkan makan
makanan kari seperti kari ikan dan daging.
23. Elakkan sayur
kacang buncis, bayam, petola dan bunga kubis
24. Elakkan berlari
dan melompat (gantikan dengan berjalan) bagi yang sudah mengalami gout
25. Elakkan berurut
terutamanya di bahagian pinggang
26. Kurangkan atau elakkan pulut, keladi, keledek,
kentang dan ubi.
27. Elakkan jering, petai dan kerdas
28. Kurangkan
pengambilan minyak kelapa sawit.
29. Elakkan menonton
bahan pornografi
30. Elakkan menaiki
motorsikal dengan kedudukan kaki ke hadapan seperti menaiki motorsikal Jaguh.
31. Elakkan sebarang
uabat-ubatan seperti pain killer dsb
32. Elakkan
mengambil sebarang supplement seperti multivitamin dsb
33. Kurangkan atau
elakkan tepung putih (tepung gandum) serta makanan yang dibuat daripadanya
termasuk roti putih. Tepung ata yang digunakan membuat capati adalah baik. Saya
masih belum pasti apakah kandungan sebenarnya tepung putih ini yang merosakkan
buah pinggang, apakah bahan kimia Benzoyl Peroxide didalamnya yang digunakan
untuk memutihkan tepung ini atau kandungan campuran lain dalam tepung ini.
34. Elakkan Ikan masin jeruk
seperti ikan tenggiri
35. Elakkan sayuran jeruk
36. Elakkan makanan dalam tin
seperti sardin dan buah-buahan bertin
37. Elakkan telur masin
38. Elakkan cuka makanan tiruan
(usahakan cuka makan asli dari apel hijau)
39. Elakkan makanan segera (Fast food) seperti KFC, Mc
Donald, burger, sosej, naget dsb- Amerika adalah negara terhebat di dunia
dengan fast food diikuti dengan Hong Kong, Australia dan England. Amerika juga
adalah negara terhebat dengan penyakit berkaitan buah pinggang diikuti oleh Hong Kong, Australia
dan England
(www.shenbing.org/shenbingzhishi/zixun04.asp)
40. Elakkan terjatuh dan berurut
di bahagian pinggang.
41. Elakkan menahan terlalu lama
daripada membuang air kecil (tahan kencing)
42. Kurangkan makanan bersantan
43. Kurangkan makanan yang
mengandungi bahan pewarna, perasa dan pengawet tiruan dan termasuk ajinomoto
Makanan atau amalan yang
perlu diamalkan selalu pula ialah:
1. Minum air masak /
suam dengan banyak terutama sekali bila masuk tidur. Lebih elok lagi sampai
perlu bangun tidur pukul 3 pagi kerana perlu kencing
2. Amalkan minum teh
misai kucing 2 uncang sehari.
3. Makan peria dan
peria katak
4. Sawi pahit, kacang
botor, kacang panjang, kailan
5. Susu tepung (bukan
anelene, HL atau low fat)
6. Minyak zaitun. Satu
sudu besar sehari adalah amalan yang disarankan
7. Ulam seperti ulam
raja, pucuk gajus, pegaga dsb
8.Buah Delima
9. Epal hijau 2 biji
seminggu
10. Burung seperti
burung puyuh dan merpati
11. Daging itik, rusa,
pelanduk, napuh, landak, arnab dan sebagainya
12. Garam kasar
menggantikan garam halus
13. Berendam dalam air
panas pada paras pinggang selama 20 minit selepas minum segelas air suam (dalam
besen atau pun tab mandi) atau SPA.
14. Makan lebih banyak
sayur-sayuran
15. Makan kapsul
HABBATUSSAUDA
16. Minum air kelapa
dara 1 sudu besar sehari atau 2 kali sehari. Sekiranya sudah mengambil minyak
zaitun, tidak perlulah lagi mengambil minyak kelapa dara ini. Sekiranya sudah
mengambil minyak kelapa dara, tidak perlulah lagi mengambil minyak zaitun.
SUSU BAGUS UTK
GOUT - Kalau ikut lebih, sahihnya fresh milk goodday adalah lebih baik
tetapikalau tak silap saya, goodday lebih mahal sikit. Namun bagi rawatan gout
ini, asalkan jangan susu anelene, HL atau low fat sudah mencukupi, dua kali
minum sehari dah kira ok. Tapi kalau bagi rawatan paru-paru, perlu minum 4 kali
sehari.
apa kaitan "Elakkan menonton bahan
pornografi" dengan gaout?hairan!
Apa nak di hairankan?
Berjimak suami isteri berbanding
berzina perbuatan sama namun akibat dari perbuatan ini adalah berbeza. Sebagai
analoginya, anda beli ayam goreng dan makanlah ayam goreng tersebut, pastinya
cara makan pun berbeza berbanding anda mencuri ayam goreng Pak Mat dan memakan
ayam goreng curi ini. Itulah sebabnya akibat dari berzina, seorang lelaki
bujang dapat dikenali berdasarkan kesan yang Allah berikan akibat berzina.
Seorang lelaki apabila menonton bahan pornografi, mereka akan terangsang.
Secara normal apabila seorang lelaki terangsang, saluran normalnya adalah
berjimak dengan isteri. Namun bagi mereka terutama sekali orang bujang, apabila
terangsang tiada jalan keluar. Apabila seorang lelaki bersuami menonton
pornografi dipejabat, mereka juga terangsang namun tiada jalan keluar sehingga
beberapa jam lamanya dan ini memberikan tekanan kepada buah pinggang dan
menyebabkan kecederaan kepada buah pinggang. Kecederaan buah pinggang
mengakibatkan sebahagian bahan toksik tidak dapat dikeluarkan dan inilah
menyebabkan bahan toksik ini berkumpur di sendi dan mengakibatkan gout.
Set Shaklee untuk pesakit gout
Anda masih tercari-cari supplement yang sesuai untuk pesakit gout ?? Jangan risau shaklee boleh membantu anda..Set Shaklee untuk pesakit gout boleh membantu meredakan sakit yang anda hadapi. Selain itu, anda juga perlu mengetahui punca, makanan yang perlu dielakkan dan cara mengatasi atau sekurang-kurangnya cara untuk meredakan kesakitan..
Penyakit Gout ini terjadi disebabkan kandungan asid urik berlebihan dalam badan, lalu membentuk kristal yang berkumpul pada sendi-sendi. Kristal ini yang akan menghalang sendi daripada berfungsi secara normal.
Penyakit gout akan bertambah teruk jika pesakit memakin makanan yang tinggi purin seperti organ dalaman haiwan, ikan bilis dan daging. Disebabkan itu adalah penting bagi penghidap penyakit gout untuk mengetahu punya dan sedaya upaya mengelak daripada memakan makanan tersebut .
Pesakit Gout amat memmerlukan air yang optimum di dalam badan.Air berfungsi untuk menyikirkan asid urik dari badan.Kandungan air perlu sentiasa optimum di dalam badan.
Shaklee ada menawarkan set supplement untuk penyakit Gout.
Alfalfa : Menyah toksin dari badan secara semula jadi dan selamat. ia turut menyikirkan asid urik dalam badan
Performance Drink : Mengekalkan kandungan cecair di dalam badan,(perlu juga minum air putih/air masak setiap masa. Minum sedikt tetapi kerap)
Omega Guard/AJHT : Memberi keselesaan pada sendi.